Terma dan Syarat

Penganjur & Kelayakan

  1. Kempen NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI ini dianjurkan oleh NESTLÉ® Products Sdn. Bhd. [45229-H] ["Pihak Penganjur"] dan dibuka kepada semua yang mempunyai alamat kediaman di Malaysia, berumur antara 18 tahun dan ke atas pada 21 Mei 2016

Tempoh

  1. Kempen ini akan diadakan dari 21 Mei 2016, jam "12:00:01" hingga 31 Oktober 2016, jam "11:59:59" waktu Malaysia. Pihak Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Kempen pada bila-bila masa.
  2. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Kempen akan dibatalkan.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

  1. Untuk menyertai kempen, peserta mesti mendaftar sebagai seorang ahli NESTLÉ® Start Well Stay Well ["Laman Web"]. Sila rujuk kepada dasar privasi Laman Web serta terma dan syarat di Laman Web, yang akan mengikat ahli dan pengguna Laman Web.
  2. Peserta kemudian mesti mengunjungi Halaman NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI di www.resipiibucerelac.com untuk mendapatkan eBuku resipi peribadi mereka. Peserta dinasihatkan supaya membaca dan memahami terma dan syarat yang berkaitan sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan eBuku resipi peribadi mereka.
  3. Peserta hanya perlu memilih satu [1] cabaran daripada lapan [8] cabaran.
  4. Peserta kemudian boleh mengemukakan nama dan gambar-gambar anak mereka untuk melengkapkan eBuku resipi peribadi mereka.
  5. Peserta tidak dibenarkan untuk mengemukakan gambar bayi yang berusia di bawah umur enam [6] bulan. Pihak Penganjur berhak secara mutlak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang menunjukkan gambar bayi yang kelihatan berusia di bawah umur enam [6] bulan secara fizikal.
  6. Selepas dinilai oleh Penganjur, semua penyertaan yang diluluskan/layak untuk mendapatkan eBuku resipi peribadi akan dipaparkan dalam galeri di laman web NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI sepanjang tempoh kempen.
  7. Semua penyertaan yang dikemukakan mesti mematuhi syarat & peraturan berikut:
    • Anak yang dipaparkan dalam gambar mestilah berumur tidak kurang daripada 6 bulan sewaktu gambar diambil;
    • Gambar tidak sewajarnya memperlihatkan sebarang produk formula bayi atau botol susu; dan
    • Gambar tidak dibenarkan untuk menunjukkan bayi berbaring.
    • Peserta bersetuju untuk mematuhi semua syarat & peraturan kempen.
    • Peserta dengan ini diingatkan supaya tidak memanipulasikan, mengeksploitasi atau melakukan perkara yang boleh mendatangkan mudarat secara tidak bertanggungjawab atau tidak perlu, dengan sengaja atau tidak sengaja, untuk tujuan menyertai kempen ini, dan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini akibat daripadanya.
    • Dalam apa jua keadaan, Pihak Penganjur berhak secara mutlak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang dianggap atau didapati mengandungi mana-mana elemen sedemikian.

Liabiliti dan Tanggungjawab

  1. Pemenang hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) kerana mengambil bahagian dalam kempen ini, menuntut dan/atau menggunakan eBuku resipi peribadi ini.
  2. Semua kos rakaman, pengangkutan, penginapan, peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain untuk menyertai kempen ini dan menuntut eBuku resipi peribadi menjadi tanggungjawab penuh pemenang.
  3. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, capaian tidak izin, atau perubahan komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kepincangan teknikal mana-mana rangkaian atau talian telefon, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, sistem, perkakas, perisian, kegagalan e-mel atau pemain akibat masalah teknikal atau kesesakan sambungan Internet dan/atau Laman web.
  4. Peserta juga bersetuju bahawa Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab mahupun boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kecederaan atau kerosakan kepada komputer, sistem komputer atau peralatan berkaitan atau akibat daripada akses kepada, penyertaan dalam kempen ini, termasuk memainkan, memuat turun sebarang bahan atau maklumat daripada laman web NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI dan berhubung dengan kempen ini, menghantar/memuat naik Permainan untuk kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kegagalan pelayan, kehilangan, kelewatan atau kepincangan data atau kerosakan lain.
  5. Laman web NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI disediakan dalam keadaan "sedia ada" dan melainkan dilarang di bawah undang-undang yang berkuat kuasa, Pihak Penganjur secara khusus menolak sebarang bentuk waranti, termasuk tetapi tidak terhad kepada waranti kebolehniagaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan jaminan ketiadaan pelanggaran hak. Pihak Penganjur tidak boleh menjamin dan tidak menjanjikan apa-apa keputusan khusus daripada penggunaan laman web NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI. Tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan dan bertulis, yang anda perolehi daripada kami, atau daripada atau menerusi laman web NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI akan mewujudkan sebarang waranti yang tidak dinyatakan secara khusus di dalam ini.

Hak Pihak Penganjur

  1. Dengan mengemukakan penyertaan anda untuk mendapatkan eBuku resipi peribadi ini, semua peserta bersetuju dan mengakui bahawa semua hak harta intelektual adalah kepunyaan Pihak Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menggunakan, menyunting, mengubah dan menerbitkan penyertaan yang dikemukakan oleh semua peserta, menerbitkan nama peserta dalam apa jua cara yang dianggap sesuai untuk sebarang tujuan pengiklanan, perdagangan, promosi dan untuk sebarang sebab lain, tanpa sebarang notis seterusnya kepada peserta dan peserta tidak boleh menuntut hak milik atau sebarang bayaran atau pampasan bagi bahan tersebut.
  2. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah suai, menggantung atau membatalkan kempen ini sekiranya ia tidak dapat dianjurkan seperti yang dirancang, atau sekiranya terdapat gangguan atau kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada jangkitan oleh virus komputer, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kegagalan teknikal atau apa jua sebab di luar kawalan Pihak Penganjur, walaupun selepas usaha terbaik oleh Pihak Penganjur.
  3. Pihak Penganjur, berhak atas budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang didapati atau disyaki menyalahgunakan proses penyertaan kempen, pengendalian kempen, atau melanggar syarat & peraturan kempen ini. Pihak Penganjur berhak untuk menamatkan ahli NESTLÉ® Start Well Stay Well, mana-mana orang yang disyaki secara munasabah telah melanggar atau mencabuli mana-mana terma dan syarat ini dan Pihak Penganjur berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayai telah menjalankan kegiatan penipuan atau kegiatan lain yang mendatangkan keburukan kepada kempen dalam talian ini, proses penyertaan kempen dan/atau laman web NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI.

Terma & Syarat Lain

  1. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk mengubah suai Syarat & Peraturan ini tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu, jika perlu, untuk memastikan kelancaran penganjuran kempen.
  2. Dengan menyertai kempen ini, Peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan ini, serta keputusan Pihak Penganjur.

Keperluan Teknikal

  1. Pihak Penganjur tidak boleh dipertanggungjawabkan atau tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan yang lewat dan/atau tidak diterima disebabkan kegagalan syarikat Pemberi Perkhidmatan Internet [ISP] dan/atau rangkaian telekomunikasi yang berkenaan untuk menyediakan perkhidmatan internet dan/atau perkhidmatan komunikasi yang cekap dan/atau tepat pada masanya.

Kandungan Terlarang

  1. Di bawah adalah sebahagian daripada senarai kandungan yang menyalahi undang-undang atau dilarang daripada dipaparkan dalam laman web NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI.
  2. Keahlian peserta boleh ditamatkan dan penyertaannya dibatalkan atas budi bicara mutlak Pihak Penganjur sekiranya memaparkan kandungan tersebut. Di samping itu, Pihak Penganjur berhak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, atas budi bicara mutlaknya, terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengeluarkan bahan komunikasi yang melanggar peruntukan tersebut daripada laman web NESTLÉ® CERELAC® RESIPI IBU PENUH NUTRISI dan melaporkan pesalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan. Kandungan terlarang adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan yang, menurut pertimbangan mutlak Pihak Penganjur:-
    • menyinggung perasaan masyarakat dalam talian, seperti kandungan berunsur hasutan, agenda politik dan keagamaan, kandungan keagamaan yang mencetus kemarahan, keganasan, bahasa kasar, ketaksuban, kebencian atau sebarang bentuk ancaman fizikal terhadap mana-mana kumpulan atau individu;
    • termasuk bahan yang menyinggung amalan penganut agama lain dan/atau produk pesaing NESTLÉ yang kelihatan dalam gambar foto tersebut;
    • mengganggu atau menggalakkan gangguan terhadap orang lain;
    • melibatkan penghantaran "mel remeh", "surat berantai," "spam," atau sebarang pengiriman mel, e-mel atau komunikasi lain yang tidak diminta secara besar-besaran;
    • termasuk sebarang maklumat yang [1] diketahui oleh peserta sebagai palsu atau mengelirukan, [2] menggalakkan aktiviti haram atau tindakan penyalahgunaan, atau [3] bersifat ugutan, lucah, memfitnah, atau mengandungi fitnah bertulis;
    • merupakan atau termasuk sebarang salinan hasil karya orang lain yang tidak sah atau tidak dibenarkan, yang mempunyai hak cipta atau boleh mendapatkan hak cipta, termasuk tetapi tidak terhad kepada, [1] program cetak rompak komputer atau pautan kepadanya, [2] maklumat yang memintas peranti perlindungan salinan yang dipasang oleh pengeluar, [3] bahan cetak rompak atau pautan kepada fail cetak rompak;
    • memaparkan sebarang bentuk bahan lucah, pornografi atau seksual secara nyata;
    • meliputi bahan yang mengeksploitasikan manusia secara ganas dan seksual;
    • menyediakan maklumat berbentuk arahan untuk melakukan aktiviti haram seperti membuat atau membeli senjata haram, mengganggu privasi seseorang, atau membekalkan atau mencipta virus komputer.
  • NOTIS PENTING: Bijirin bayi Nestlé® CERELAC® bukan untuk diberikan kepada bayi berumur di bawah 6 bulan melainkan jika dinasihati oleh professional kesihatan. Untuk kesihatan bayi optima, penyusuan susu ibu perlu diteruskan sehingga umur 2 tahun di samping memberi makanan pelengkap. Makanan pelengkap berkhasiat seperti nasi, ikan, daging, ayam, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diperkenalkan kepada bayi pada usia 6 bulan. Bijirin bayi Nestlé® CERELAC® boleh diberikan kepada bayi sebagai pilihan untuk kepelbagaian.